8 Sifat Wanita Idaman Lelaki
Wanita Solehah
Perhiasan
Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita
yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat padawanita yg
bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah
yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress,
cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu
sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada
potensi keibuan dalam diri masing-masing.
1. Keanak-anakkan
Dalam
batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya
tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.
Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan
menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan.
Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan
kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah…..
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih
waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya
ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak
terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya
cuba mengerti duduk persoalannya…..
3. Menghargai
Wanita
yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan
wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai,
dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari
wanita membuat lelaki berasa bangga…..
4. Menjaga Penampilan
Lelaki
menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah
senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan
memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan
dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan
elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut
terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah
beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik
dan ramping walau dah punya anak 3??
5. Pandai berbicara
Lelaki
tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak
berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik
kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan
sekadar teman berbual
yang pasif, tetapi dapat memberi respon
dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik,
serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih
menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai
berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran
terbuka.
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita
yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di
mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan
cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan
suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat
menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke
mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki
suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang
wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati
dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk
diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg
dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak
akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki
memperlakukan dirinya sesuka hati.
8. Simpati dan prihatin
Lelaki
suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg
susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang
wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman
pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar